About Us

We are Malaya Hemp™. The finest purveyor of cannabidiol (CBD) oils in the UK — completely natural supplements sourced from zero THC hemp. We have curated only the very best collection of CBD products widely packed with benefits in our competitively priced online store.
Why? Because we carefully choose each brand we partner with to offer you the most premium products out there, whatever your budget. No matter if you’re trying your first drop of CBD Oil, or honing a tried-and-tested routine, we have everything you need. The finest purveyor of cannabidiol (CBD) oils in the UK — completely natural supplements sourced from ZERO THC hemp. We have curated only the very best collection of CBD products packed with benefits in our competitively priced online store. So you can incorporate them into your own daily and dietary rituals for an alternative, contemporary take on wellbeing.

Apa itu (CBD) Cannabidiol?

Pendahuluan

CBD atau Cannabidiol adalah sebatian kimia semulajadi yang terdapat dalam tumbuhan Cannabis Sativa L. atau Hemp. CBD adalah salah satu daripada lebih 100 jenis kanabinoid yang dikenalpasti dalam tumbuhan ini. Antara ciri-ciri CBD adalah tidak menyebabkan rasa ‘high’ seperti tetrahydrocannabinol (THC). CBD juga digunakan secara meluas dalam produk kesihatan, makanan tambahan, kosmetik dan terapi alternatif. Kebiasaanya diekstrak daripada hemp yang mengandungi THC-nya yang sangat rendah iaitu kurang daripada 0.3% di kebanyakan negara tetapi apabila diperah secara tengan teknik ‘cool press’ atau kaedah ‘supercritical’ kandungan 0.3% akan hilang atau tidak dapat dikesan dan CBD dihasilkan untuk pelbagai bentuk produk seperti minyak, kapsul, krim, losyen, makanan tambahan dan sebagainya.

Potensi CBD dalam Industri Kesihatan dan Farmaseutikal

CBD dikenali dengan pelbagai manfaat perubatan dan terapeutik dan digunakan untuk membantu merawat pelbagai masalah kesihatan termasuk keresahan, insomnia, epilepsi, sakit kronik dan keradangan. Di Eropah, pasaran CBD dalam pelbagai bentuk dan peratusan kepekatan (percentage concentration) untuk pelbagai kegunaan dan sebagai salah satu kaedah alternatif. Permintaan terhadap produk kesihatan berasaskan CBD semakin meningkat kerana masyarakat kini lebih cenderung kepada rawatan alternatif dan semulajadi. Ini membuka ruang kepada pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pengeluaran produk farmaseutikal baharu. Pasaran global produk CBD dijangka mencecah lebih USD 47 billion menjelang tahun 2028 untuk produk kesihatan.

Potensi CBD Dalam Kosmetik Dan Penjagaan Diri

CBD semakin popular dalam industri kosmetik dan penjagaan diri kerana sifatnya yang anti-radang, antioksidan dan mesra kulit. CBD digunakan dalam pelbagai produk seperti krim muka, losyen, minyak urut, syampu, gincu, pencuci muka, serum, pelembut muka, krim dan balm. Penggunaan moden, khususnya generasi muda lebih tertarik kepada produk kecantikan berasaskan bahan semulajadi. CBD memenuhi permintaan ini sekaligus membuka pasaran baharu untuk pengeluar produk kecantikan organik.

Produk Makanan dan Minuman Berasaskan CBD

CBD kini ditambah dalam pelbagai jenis makanan dan minuman seperti kopi, the, coklat, gula-gula getah dan air berperisa. Produk ini sering dipasarkan sebagai pilihan gaya hidup sihat, menawarkan kesan relaksasi tanpa menyebabkan rasa ‘high’. Contohnya, teh CBD dapat membantu pengguna tidur lebih nyenyak, manakala coklat CBD memberikan rasa tenang dan fokus. Potensi inovasi dalam sektor makanan dan minuman ini sangat luas, khususnya dalam kalangan pengguna bandar dan kelas pertengahan.

Peluang Ekonomi dalam Pertanian dan Industri Hiliran

Penanaman hemp untuk penghasilan CBD membuka peluang besar kepada sektor pertanian, terutamanya bagi negara yang sedang mencari tanaman alternatif bernilai tinggi. Hemp memerlukan air yang sedikit, tahan lasak dan boleh dituai dalam masa singkat (kira-kira 90-120 hari) menjadikannya sesuai untuk penanaman skala besar mahupun kecil. Bukan sahaja bahagian bunga digunakan untuk CBD, tetapi batang dan daunnya juga boleh dimanfaatkan untuk menghasilkan produk lain seperti tekstil, bio-plastik dan bahan binaan. Di negara-negara seperti Amerika Syarikat, Kanada dan beberapa negara Eropah, industri hemp dan CBD sudah menjadi penyumbang penting kepada ekonomi luar bandar. Negara-negara membangun juga boleh mengambil peluang ini untuk mengurangkan kebergantungan kepada komoditi tradional.

Cabaran dan Halangan

Walaupun potensi ekonominya besar, industri CBD masih berdepan beberapa cabaran iaitu perundangan. Banyak negara masih belum mempunyai undang-undang yang jelas atau bersifat menghalang berkaitan CBD dan penanaman hemp. Kedua, stigma sosial. CBD sering dikaitkan dengan dadah walaupun secara saintifik CBD bukan masuk ke kategori dadah. Ketiga, kualiti dan piawaian. Tiada standard universal menyebabkan produk CBD yang dijual di pasaran mempunyai variasi dari segi kualiti dan keberkesananan. Namun, dengan dasar yang progresif dan penyelidikan sainstifik dan pendidikan kepada masyarakat, cabaran-cabaran ini boleh diatasi.


Kesimpulan

CBD bukan sekadar fenomena kesihatan sementara, tetapi berpotensi menjadi salah satu penyumbang utama kepada ekonomi masa depan. Dari ladang ke makmal, dari dapur ke kedai kecantikan, CBD menawarkan peluang inovasi dan pertumbuhan dalam pelbagai sektor. Bagi negara-negara yang bersedia meneliti dan merangka dasar yang seimbang, CBD boleh dijadikan pemacu pertumbuhan ekonomi baharu yang berasaskan pertanian, tekonologi dan kesihatan.
top
Verified by MonsterInsights