Kelebihan CBD Untuk Pesakit Migrain

Kebaikan CBD Untuk Migrain

Migrain merupakan sejenis gangguan neurologi yang menyebabkan kesakitan kepala yang teramat sangat, biasanya disertai dengan symptom seperti loya, muntah, gangguan penglihatan dan kepekaan terhadap cahaya serta bunyi.

Ini boleh berlangsung selamat beberapa jam sehingga beberapa hari dan memberi kesan besar terhadap kualiti hidup pesakit. Walaupun terdapat pelbagai rawatan perubatan moden, ramai individu mula beralih kepada pendekatan alternatif termasuk penggunaan CBD (Cannabidiol).

CBD merupakan salah satu kompau tidak aktif utama yang diekstrak daripada tumbuhan Cannabis Sativa L. yang tidak mempunya kesan ‘high’ dan semakin diterima dalam potensi terapeutiknya termasuk dalam rawatan Migrain.

Kelebihan CBD Untuk Pesakit Migrain

Sifat Anti-radang dan Analgesik semulajadi. Salah satu punca utama Migrain adalah keradangan neurovascular yang berlaku di sekitar otak. CBD diketahui mempunyai sifat anti-radang yang kuat melalui pengaruhnya terhadap sistem endocannabinoid dalam tubuh.

Dengan mengurangkan pengaktifan sel-sel imun yang menyebabkan keradangan, CBD boleh mengurangkan tekanan ke atas salur darah bahagian otak manusia, sekaligus meredakan Migrain dari punca asasnya.

Selain itu, CBD juga berfungsi sebagai Analgesik semulajadi iaitu menghalang penghantaran isyarat sakit ke sistem saraf pusat. Berbeza dengan ubat tahan sakit konvensional seperti NSAID, CBD tidak menyebabkan kerengsaan perut atau risiko ulser dalam jangka masa panjang.

Mengurangkan Kekerapan dan Keterukan Serangan Migrain

Ada beberapa kajian mendapati bahawa penggunaan CBD secara berkala dapat mengurangkan bilangan serangan Migrain sebulan, serta mengurangkan keterukan dalam tempoh sakit kepala yang dialami.

Sebagai contoh, satu kajian oleh European Academy of Neurology pada tahun 2017 melibatkan 127 peserta menunjukkan bahawa CBD yang dikawal rapi mampu mengurangkan kesakitan Migrain lebih 40% kes.

Ini membuktikan bahawa potensi CBD dalam mengawal Migrain. CBD juga memainkan peranan dalam mengawal faktor-faktor pencetus Migrain terutamanya tekanan emosi, gangguan tidur dan ketidakseimbangan hormon.

Tekanan dan Keresahan. CBD mempunyai sifat anxiolytic (anti keresahan) yang membantu menenangkan minda dan sistem saraf. Dengan mengurangkan tahap kortisol (hormon tekanan) dan dapat mencegah pencetus Migrain dari aspek psikologi.

Kualiti tidur. Ramai pesakit Migrain mengalami insomnia atau tidur tidak lena. CBD membantu mengatur corak tidur dan meningkatkan tidur fasa dalam (deep sleep) yang penting untuk pemulihan sistem saraf.Ketidakseimbangan hormon.

Wanita sering mengalami Migrain berkait dengan kitaran haid. CBD menunjukkan kesan positif terhadap sistem endocannabinoid yang turut mengatur hormon.

CBD menawarkan satu potensi baharu dalam rawatan Migrain, terutama bagi mereka yang tidak mendapat kelegaan melalui ubat konvensionaL. Sifat anti-radang, penstabil saraf dan keupayaanya mengawal pencetus Migrain menjadikannya satu pilihan semulajadi yang lebih baik dan selamat.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

top